Monday, January 20, 2014

KISAH KEJAYAAN : Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar



Latar belakang

Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor. Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.

Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan sendiri. Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.

Berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian serta pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal, dalam menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan dengan merangka wawasan serta matlamat, pada masa yang sama, mencurahkan pengetahuan luas yang beliau miliki dalam industri kepada kakitangannya.

Tan Sri juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan antarabangsa. Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.

Pada 15 Mac 2004, Tan Sri telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.

Latar Belakang Perniagaan

TAN Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.

Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.

Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.

Beliau berjaya membawa status MKland selaku syarikat pengurusan Hartanah yg berjaya membangunkan kawasan-kawasan yg dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yg lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. MKland juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon.

Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MKland. Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah

Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad

Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya. Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.

Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.

Subsidiari dan syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad

BML Management Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan perkhidmatan penyelenggaraan harta.

Bukit Merah Resort Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel, tempat peranginan dan taman tema air.

Dominant Star Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.

Fairview Review Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.

Golden Precinct Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam penyewaan dan penyelenggaraan hartanah.

MK Land Resources Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah dan pelaburan.

MK Land Ventures Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

MK Development Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

Prominent Valley Berhad, subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi padang golf.

Pujaan Pastik Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel.

Segi Objective (M) Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, hotel, tempat peranginan dan taman tema air.

Sumbangan Berkat Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam menguruskan hotel.

Tema Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.

Vibrant Leisure Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.

Zaman Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.

Markins International (HK) Ltd., syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad dengan 14 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengedaran bahan makanan.

Melur Unggul Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah.

Anugerah

Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya, Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor; FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.

Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam Kategori ‘Master Enterpreneur’. Tan Sri adalah bapa mertua kepada En Vernon Azhar Edmett bin Bryan Allen Edmett, seorang pengarah dalam Syarikat.

18 comments:

Orang ini bertanggungjawab dalam pembinaan & penjualan Service apartment di bukit merah iaitu laketown service apartment & suria apartment. Sewaktu dibuka untuk jualan pelbagai janji manis ditabur. Rata-rata yang membeli ialah golongan pendapatan sederhana yang bercadang membuat pelaburan. Selepas dibeli ia diserahkan kepada pengurusan Bukit Merah untuk sewaan. Perjanjian dibuat setiap 3 tahun dengan alasan kadar sewaan berkemungkinan besar meningkat. Selepas projek ini GAGAL mendapat keuntungan ia diserahkan kepada pembeli. Pada masa sekarang semua pembeli blok LTSA dan suria apartment kecuali blok a&b (disewa kolej jururawat) menanggung hutang antara rm650-rm1200 tanpa pulangan yang munasabah. Ada yang disenaraihitam kerana tidak mampu membayar hutang. Banyak juga unit yang dilelong bank pada harga kurang 50% harga belian. Subuah apartment berkeluasan 850kp dijual hampir rm300k. Hati-hati bila berurusan dengan orang seperti ini. Mudah bagi kita menyalahkan pembeli yang kononnya tidak buat penyelidikan. Tapi mana tanggungjawab seorang usahawan yang memulakan sesuatu projek. Lebih malang lagi, projek ini dibuat diatas tanah kerajaan negeri yang tidak boleh dipindahmilik! Peguam & Financer lepas tangan??

sama la kes prima damansara dan damansara ramai :(

Boleh dipindahmilik dgn kebenaran menteri besar, persoalannya adakah ada orang yg nk beli??

Kisah kejayaan kepala bapak dia. Mk land kepala hotak ni dah tipu ramai orang. Tak layak digelar orang yang berjaya.

Tan Sri Datuk (Dr) Haji Mustapha Kamal bin Haji Abu, Would be nice to see you anonymously show up in the middle of the night at the hotel inside Taiping Golf Resort. If you have notes-ed the place losing business. Mostly due to your smoking lazy staff.......
By my Observation and formal client's of your Hotel. The place is turning into a dive/dump... nonsmoking signs are removed. the furnishings in the lobby filthy from staff bedding down on it and smoking inside as well as in the carport and halls. Many non smokers have stopped attending the hotel because of it's filth and smoked up facilities.
You and your Family are losing business fast with ll the things breaking down and neglected and abused by the staff. The place need real attention. real fast....

i heard that bukit merah laketown is in the process of selling as they have started losing money. they have recently charge parking entrance of RM 5 if u want to go to the laketown park and RM2 if u spend a night in the hotel.. bukit merah is in middle of nowehere and so much land and still want to charge parking??.. his children are taking over the company thats why it is going down. the college also no students.

Seorang lelaki asnaf fakir miskin berasal dari Melaka. Sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

Betul tan sri penipu...menipu semua pembeli...

Terima kasih atas infonya. Saya ambil yg haq sahaja dari Tuan punya blog dan pengomen semua.lain tiada dulu kini dan selamanya.

BERITA BAIK

Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk bermula?
Saya pengarah Nadira Muhammad Loans Limited,
Perkhidmatan pinjaman Nadira Muhammad adalah lesen kredit pelaburan undang-undang, kami menawarkan
Pinjaman kepada Individu dan perniagaan dan menyediakan
Perkhidmatan dan pelaburan yang boleh dipercayai untuk tahap pelanggan / calon
Dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%, dengan jumlah minimum pinjaman dari
(3000 $ / € / Rp) untuk jumlah pinjaman maksimum ($ 700 miliar $ / € / Rp) dengan
Tempoh 1 tahun hingga 25 tahun. Hubungi kami dengan syarikat
E-mail di: Nadiramuhammadloancompany@gmail.com

Misi syarikat ini adalah untuk menyediakan individu dan syarikat
Pertubuhan diri sendiri
Memenuhi keperluan mereka, berharap dan membantu meningkatkan jiwa kita
Dan komuniti mereka. Perlu pinjaman prom? Sekitar
48 jam perkhidmatan penuh untuk pelanggan kami.

Saya berharap dapat bertanya kepada anda secepat mungkin untuk bermula
Seketika, kami bersedia untuk melayani anda
Cari pinjaman yang berminat untuk mengisi borang permohonan di bawah gaji

BERITA BAIK! BERITA BAIK!
Untuk memperkenalkan diri dengan betul,
Ibu saya SUSAN [SYARIKAT PINJAMAN SUSAN BOWMAN]
Saya seorang pemberi pinjaman swasta, syarikat saya menyediakan pinjaman semua jenis dengan kadar faedah 2% sahaja. Ia adalah peluang kewangan di langkah pintu anda, memohon hari ini dan mendapatkan pinjaman cepat anda.
Terdapat ramai di luar mencari peluang atau bantuan kewangan di seluruh tempat dan masih, tetapi mereka tidak dapat mendapatkannya. Tetapi ini adalah peluang kewangan di langkah pintu anda dan dengan itu anda tidak mampu untuk melepaskan peluang ini.
Perkhidmatan ini menjadikan kedua-dua individu, syarikat, lelaki dan wanita perniagaan.
Jumlah pinjaman tersedia antara jumlah pilihan anda untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com

Mula2 baca komen yg awal psl kisah sebenar tan sri ni syiok, tp lama kelamaan jd sampah sbb byk org post iklan mengarut dlm ruang komen. haktuih

Penipu besar habis orang melayu kena tipu dengan rumah bukit merah.

This comment has been removed by the author.

Homestay dan penginapan murah & selesa di BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT - https://homestaybmlr.blogspot.com

Sy menyanyikan lagu2 Melayu untuk anda dengar. Xde persen. Xde caj tambahan. Asal anda ada quota Internet je dah boleh apply.. Like dan Subscribe sy d utube channel. AlanGueststudio

Post a Comment