
FACEBOOK, blog, muat turun lagu, memasuki “chat rooms” di Internet memang menjadi kegemaran remaja ini, tiada bezanya dengan anak muda lain.
Adly Mukhtar banyak mencuri masa daripada setiap kesempatan yang ada untuk ke kafe siber, melayari Internet kerana di rumahnya tiada kemudahan itu.
Tapi boraknya di Internet bukan bualan kosong. Adly seronok meneroka dunia. Beliau mencari sesuatu yang bermakna setelah menyedari minatnya melayari Internet...